Monday, December 5, 2011

Belum Boleh Kahwin Lagi...

Assalamualaikum n hello semuanya..

Tajuk entry nak gatal je kan. hahaha. Umur aku sekarang ni baru 21. Awal lagi laaa nak kawen. Bagi aku mungkin awal. Tapi kawan2 aku masa sekolah dulu yang sebaya yang sama2 nerd guna baju sekolah dulu tu dalam tahun ni berlambak je yang dah kawen dan yang bakal berkahwin. Alhamdulillah.. jodoh tu sampai awal la kan. :D yang beranak pinak pun dah ada.. haha. Aku pikir-pikir gak.. SENANG je diorang kawen kan? :D 

Bukan apa cakap SENANG. Aku ni parent awal2 lagi da kasi warning. haha. Kalau ikut hati ni memang nak je kawen... haha! bukan apa, perkara baik kan.. :) Tapi takpela.. think positif je sekarang ni. Kalau nak kawen bila-bila masa pun boleh tapi selepas habis study laa... Dulu ade gak baca artikel tentang kawen awal ni, banyak yang betulnya. Yela, aku pun bukannya hadap sangat pun nak kapel lama-lama. Tapi banyak lagi perkara lain yang perlu aku dahulukan sebelum aku pikir nak jadi isteri n mak orang. hahah!

Banyak perkara yang aku perlu utamakan dulu:

1. Dapatkan ijazah untuk mak ayah aku. Buat diorang bangga sebab masa ni aku tahu akulah satu-satunya harapan diorang. Takkan aku nak hancurkan harapan diorang dengan berkahwin. Aku tak sanggup. tak sanggup..

2. Aku nak bantu mak ayah. Kesian mak ayah jaga aku.. Aku nak bantu adik-adik aku. Kalau dah kawen bukan tak boleh bantu. Tapi kalau aku dah kerja moleklah duit gaji aku tu memang aku fokuskan untuk kasi kat parent and adik-adik aku dulu. Aku nak balas jasa mak ayah aku n aku nak adik-adik aku senang sikit berbanding sekarang ni. 

3. Kalau dah keje tu... aku ada benda yang paling aku aim. Impian aku, aku nak beli rumah baru untuk keluarga aku. :) Benda ni yang perlu aku tunaikan sebelum aku kawen. MESTI!

4. Perkara ni memang aku tak pentingkan sangat la. Aku ramai je dengar kawan-kawan aku cakap diorang tak nak kawen sbb nak enjoy dulu hidup single. Tapi bagi aku kalau hidup berdua lagi enjoy! haha. bahagia la kan buat semua perkara dengan orang tercinta. hehe. Tapi takpela, dalam aku mengejar impian aku tu, aku enjoy la jugak nanti.. beli apa yang aku nak, makan apa yang aku nak makan, melancong ke tempat yang aku suka dengan family.. shopping dengan adik2.. mesti puas hati je nanti, sebab semua tu dengan duit aku sendiri. Kalau family aku happy, aku pun lagi hapy. :)


Kalau nak diringkaskan kat sini.. FAMILY adalah keutamaan aku buat masa ni. Kahwin nanti-nanti pun boleh (hati ni macam memberontak je nak kawen. haha. tapi sabar zara sabar... banyak benda lagi ko perlu buat before kawen. hihi) Paling penting bagi aku sekarang ni adalah KEBAHAGIAAN FAMILY aku. Aku takkan hampakan harapan mak ayah aku. Aku takkan biarkan adik-adik aku merasa susah macam aku dulu. Cukup-cukupla aku yang merasa susah tu dan biarlah aku jugak yang membuka kesenangan untuk diorang. Dengan harapan, bila diorang selesa dengan kesenangan tu, adik-adik aku akan belajar sungguh-sungguh dan kat masa depan diorang berjaya dan senang lagi daripada aku.

Aku mungkin kakak yang garang kat adik2.. Tapi dalam hati aku cuba untuk memberikan yang terbaik untuk mereka. :)

Aku mungkin anak yang tak dengar cakap mak dan ayah... Tapi dalam hati aku cuba untuk menjadi anak yang tidak menghampakan harapan yang telah mereka sandarkan. :)






Tuesday, November 29, 2011

Senyum Tanda Bahagia?

Assalamualaikum n hellooo semuanya..

Senyum tanda bahagia? Tak jugak la kan sebab senyum ni banyak makna. Kadang-kadang orang senyum sebab nak sembunyikan rasa hati. Lain dari tu senyum sebab hipokrit, maknanya tak ikhlas. Mesti korang cakap "mana  ko tau dia tu senyum ikhlas ke tak?" hahaha, senyum ni kan ada macam-macam, dari air muka tu pun orang boleh detect senyum tu ikhlas, atau penuh dengan kepura-puraan. Hahaha! gitu kan. Tapi ada betulnya apa yang aku cakap ni kan, kan, kan? hehe. Tapi kesimpulannya kita bersangka baik je lah ok. kalau nak bersangka buruk, nanti tak pasal-pasal asyik nak dengki je sampai ko kawen. cam takde kaitan pulak. :D

Ni yang sebenar-benarnya nih.. senyum tanda bahagia? haha. Kalau aku.. Yup, aku bahagia sekarang ni. alhamdulillah. :) *sendiri  tanya, sendiri jawab* kuikuikui. Aku tak nak ulas panjang2 kat sini. Biarlah aku terus tersenyum. Aku mengharapkan yang terbaik dan moga kali ini dialah jodohku. :) amin.









Monday, November 14, 2011

Sayangilah Haiwan - Bum Dah Takde.

Assalamualaikum n hello semuanya..

WARNING!: Entry ini panjang hokey, kalau malas, takyah baca. hehe.

Kat atas muka bumi ni manusia ada banyak jenis. Ada yang sukakan haiwan dan ada jugak yang tak sukakan haiwan. Tapi yang paling xbest bila sampai nak bunuh, dera haiwan yang comel-comel tu sume. Penyeksaan namanya tu. Aku memang tak berkenan la kalau part abused haiwan nih. Haiwan2 tu sume tak bersalah dan diorang pun ada hak untuk hidup. *Emo nih! Emo nih!*

Aku ni nampak kasar sikit, gila-gila gak r. Tapi sekarang ni kureng. haha. Sebab aku sedar aku ni perempuan. Dulu ingatkan aku ni lelaki. hahaha! Bak kata pepatah "Muka legend, Hati Kiut" hahaha. Aku sayaaaaaannngggg sangat dengan haiwan yang comel-comel tu. Kalau boleh aku nak bela anjing sebab diorang sangat kiut dan sangat setia pada tuannya. Tapi tak boleh la nak bela anjing, nanti tak pasal-pasal asyik nak samak je keje aku.  huehuehue!

Cukupkla pengenalan dua perenggan tu, yang aku nak cite ni bukan cite happy taw! Aku sedih sebab BUM dah takde...

BUM tu sape?


BUM adalah hamster kesayangan aku...


Ni pic BUM dan BAB.. T.T miss u BUM..

Seminggu aku tinggalkan BAB & BUM kat rumah. Biasanya aku bawak diorang sekali balik hostel sebab aku nak aku sendiri yang jaga. Tapi disebabkan ada asrama terbuka aidilfitri kat kampus, so aku tak bawak la diorang. Kalau bawak tak pasal-pasal kantoi dengan warden. Mampos!huhu.

Habis seminggu tu balik-balik je rumah, aku  terkejut bila tengok my babies ni terbiar dan tak terjaga. Paling aku takleh terima diorang diletak kat stor rumah aku. Nampak benor takde orang sanggup jaga diorang. Habuk dalam cage pun takde yang tukar, Dalam botol minuman diorang pun ade air kosong je, dalam bekas makanan macam-macam jenis makanan ade.  (Patutnya hamster tak boleh bagi makan sesuka hati kau je! huhu) .

Aku ingatkan adik-adik and abang aku jaga diorang elok-elok, tapi ciss!! kesian BAB & BUM..  bila aku tengok BUM nampak kurus sangat, main pun macam nak tak nak je, tapi selera makan dia masih macam biasa, tidur pun macam biasa, tidur dengan BAB.. seronok je tengok dua orang nih.Tak lama pastu, aku tengok BUM cirit-birit. Sebab sayang dan kesiankan dye, aku cuci BUM kasi bersih. BAB pun aku bersihkan sebab bau benor sebab sangat tak terurus. Fine! aku takkan salahkan orang rumah aku sebab those pet is mine, Tapi tak boley ke tolong buat sementara waktu? T.T

Kat hostel, aku jaga diorang betul-betul.. tapi BUM masih gak cirit-birit. Nak kasi ubat tapi takut effect dye pulak nanti, so aku just jaga dia macam biasa. Rasa bersalah pulak sebab tak bawa dia pegi klinik haiwan.. T.T I'm Sorry BUM... Makin hari BUM makin lemah, aku dah sampai nangis-nangis dah tak tahu nak buat apa.. Rumate aku cakap kasi panadol, Encik syg aku pun cakap macam tu, campur panadol sikit dalam botol susu dye. Tapi aku takut BUM makin teruk.. huhu.....

My Fault kot.... T.T

Awal pagi dalam pukul 6 macam tu rumate aku kejutkan aku dari tidur dan suruh aku tengok BUM. Bile aku tengok, BUM dah tak gerak, bila aku pegang, badan dia dah keras. Aku tengok BAB yang duduk kat sebelah BUM yang dah terbaring tak bernyawa, aku rasa sedih sangat. Aku tahu BAB pun mesti sedih jugak. Mungkin BAB nak temankan BUM buat kali terakhir kot. Maybe sebab kalau time tidur, BAB & BUM mesti tido sesama. Kesian BUM.. Kesian BAB.. I'm so sorry baby.. T.T

10.11.2011 - Cun pulak tarikh aku 1st exam ni BUM takde.. Aku tak nak biarkan BUM macam tu je. So, aku kuburkan BUM dekat pokok belakang hostel .. Tapi aku tanam sementara je sebab aku nak kubur dia jauh sikit dari hostel aku. Aku tak nak sedih bila ingatkan BUM.. So petang tu, Aku dan Encik Syg sama2 kuburkan dia kat bawah pokok besar kat astaka. Balik tu aku sedih sangat, tapi aku tak nak tunjukkan sangat sedih tu dekat encik syg.. Cool jer~~

Sekarang ni, BAB sorang2.. tapi takpe, aku dah ada seekor yang namanya BUBLE., hamster rumate aku yang punya.. takla BAB keseorangan lagi lepas ni. Tapi tunggu BUBLE besar sikit. :)

P/S : Macam budak tadika pulak cara aku story semua nih huhu.  Tapi kan... aku memang sayangkan pet aku. sangaaaattt sayang. huhu. LOVE u BAB n BUM! 




*PICTURE: With my sis Ikha.*






Thursday, November 10, 2011

Esok Exam. Perasaan?

Assalamualaikum, selamat pagi n hello semuanya..





Ini adalah entry di pagi buta. Haha. Di kala semua orang dah tidur sebab esok nak exam, aku masih lagi bangun membaca nota-nota yang ada. Kali ni dup dap nebes tu lain sikit kot. Betul2 risau untuk exam kali ni. Entahlah. Takpelah. Aku redah je nanti. Tak sabar nak keluar dewan. merdeka satu paper! *masuk dewan pon belom, ade hati* :D

Haish~ tumpuan aku untuk exam kali ni kureng la, tersesat sikit dari landasan. hakhak! aku tak tahula kenapa dengan ayat aku ni. Mungkin kepala aku ni dah biol sangat kot. Ade je gangguan bila musim exam macam ni. Esok paper Teknologi Dalam Pendidikan. Bunyi senang. Tapi aku tak minat kot. Boring. Tapi nak xnak kena study jugak. Kalo belajar ni kalo tak mengeluh memang tak sah kan. Mak~ apak~ ampun! huhu.

Kalo exam ni, nebes2 camne pun.. aku just pikir satu je. Paper tu killer tahap dewa camne pun, asalkan aku dah belajar, itu dah cukup. Syaratnye, jangan tak belajar langsung. Kena cover semua topik. Usaha kena ada. Kalau hasilnya tak memuaskan hati nanti, pikir balik usaha yang sekarang ni mungkin tak cukup. Maknanye next time kena improve lebih atau advancedkan lagi style belajar. huhu. Dengan harapan setiap kali exam, kalo killer paper.. LULUS tu yang penting. Target memang lebih laaa.. Tapi kalau dah namanya killer paper, LULUS tu pun dah syukur ALHAMDULILLAH.. takpe Zara, usaha dulu. Usaha tangga kejayaan! hehe.

Setiap kali exam mesti aku fikir benda ni... tak boleh kalo tak pikir: 

"Kalau belajar jugak kalau FAIL camne? "

Lepas tu hati sendiri jawab:

" FAIL tu belakang kira dan kau TAKKAN FAIL. Takpe, ko buat je dulu Zara.. jawab betul-betul.. ingat tertib ko setiap kali exam? before masuk dewan, langkah kaki kanan, before bukak paper, baca bismillah dan doa dulu, masa jawab, jawab dengan penuh penghayatan! haha. Bile dah keluar dewan nanti, tarik nafas dalam2 dan lepas.. balik terus, tawakal dan jangan dok pikir lagi tentang paper tu! hokey zara?!"


"Hokey! Baiklah...."
 

Emmm... Dah lah, aku nak sambung balik baca nota. Manfaatkan sisa-sisa masa yang ada before masuk dewan esok. Aku post entry ni pon sebab hati aku ni resah jer. huhu. tak tahu nak luah dengan sape masa pagi2 macam ni. Luah dekat blog je laa~.... 

Macam semester lepas, aku study dari tengah malam sampai pagi, berkemas then terus pergi dewan. haha. Nota-nota yang dibaca tu masih fresh!  Mungkin kali ni nak cuba lagi macam tu. heeee... *tu pon kalo aku tak tertidur* 

P/S: Takde kredit. Tak dapat nak kol mak amek berkat.huhu. sedih. Takpe, instinct seorang ibu kan kuat, mesti mak tahu anak dia nak exam esok,  bangun2 je tidur mesti dia doakan anak dia dapat 4 flat~ haha. sengal je ayat aku. Tapi aku harap mak tahulah. mak, gunakan naluri keibuanmu! Anakmu bersedih kerana kehabisan kredit. Nyesal aku tak call awal-awal... huaaaaa~ T.T

"Ya Allah, kau permudahkanlah urusan hambaMu ini dan Kau lapangkanlah hatinya supaya tenang menghadapi peperiksaan esok dan yang seterusnya. Amin...."




Tuesday, November 8, 2011

Don't Worry Be Happy! :)

 Assalamualaikum dan hello semuanya..


Selagi kita bergelar manusia memang takkan jauh dari kesedihan. Tak dapat pun nak dipisahkan. Setiap manusia dalam hidupnya pasti akan berasa sedih termasuklah diri aku sendiri. Ada satu perkara yang betul2 membuat aku sedih. Sedih akibat kehilangan seseorang yang aku sayang. Itu cerita lama, tapi aku tetap xboleh lupa. Malahan rasa sedih tu masih bersisa dalam hati aku.


Bila sampai satu tahap, aku merasakan aku tak boleh nak seksa diri aku dengan bersedih. Aku perlu bangun. Dalam kesamaran yang aku rasa gelap, dalam sendirian aku cari sesuatu untuk aku keluar dari kesedihan tu. Aku mula berfikir, sampai bila aku hendak bersedih. 


Alhamdulillah, sekarang aku dah berjaya keluar daripada kesedihan tu. Dan sekarang mengenang kesedihan tu sebagai satu episod hidup yang cukup memberikan pengajaran kepada aku dan membuat aku berfikir bahawa apa-apa yang terjadi adalah ketentuanNya. 

Setiap yang Allah turunkan ada hikmahnya dan aku bersyukur, kini aku semakin kuat dan mampu berfikir secara waras ( sebab dulu masa bersedih memang tak boleh nak berfikir. secara waras. Ala-ala macam mayat hidup. haha! melampau jek. Tapi jujur, tu la aku yang dulu.  Dalam erti kata lain aku tak boleh nak terima hakikat) kenapa ujian sebegitu diturunkan kepada diri aku. Tu tanda Allah sayang n care dengan kita sebenarnya. :)


Diharapkan selepas ni, aku semakin kuat, kuat dan kuat. InsyaAllah. U can do it Zara!


Ya Allah, Kau kuatkanlah hati hambaMu ini. Amin....

P/S : Untuk menjadi kuat, permulaannya adalah kita menjadi lemah. Untuk kuat bukan senang, Tapi dalam apa-apa perkara pun paling penting BERUSAHAlah. Berusaha dan terus berusaha.


*******************************

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

KENAPA RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Ali-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Ali-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12 

P/S : Usahlah bersedih lagi, sudah-sudahlah dengan kesedihan yang menyeksa dirimu. bangunlah kerna masih ada yang sayang. Bangunlah kerna masih jauh lagi perjalanan hidupmu. Bangunlah kerna masih banyak impian yang perlu kau gapai dan tunaikan. Sayangilah diri sendiri. Jangan bersedih lagi... :)

Don't Worry! Be Happy! 






Hati Beransur Pulih :)

Assalamualaikum dan hello semuanya. :)

Boleh tahan lama jugak aku tak update blog ni memandangkan banyak sangat kerja kena buat dan juga ditambah dengan perkara-perkara yang asyik nak buat aku kecewa je. Adeh! sakit taw bila asyik nak kecewa nih.

Jadi kehilangan aku selama ni dari dunia blog adalah berpunca daripada dia yang bernama 'kecewa'! (ehk! emo semacam jek. haha)  Tapi betullah, banyak benda yang buat aku kecewa tapi malas nak cerita kat sini. Kalau boleh dalam blog ni aku nak share perkara yang happy-happy je. Cukuplah episod kesedihan aku yang dulu. Aku tak nak dah terperangkap dengan kesedihan yang lalu. Biarlah segala kekecewaan dan kesedihan tu aku simpan dalam hati je. :) Jadi, sebab nak menghilangkan rasa kecewa tu, aku mendiamkan diri buat sementara waktu. Tu la yang terbaik aku rasa.

Tapi di sebalik kekecewaan tu terselit jugak kebahagiaan. Mungkin kebahagiaan yang aku cari selama ni. Terima kasih untuk si dia. Nanti ada masa aku ceritakan tentang kisah kami. :) Maklumlah masih fresh lagi,hehe.tak banyak yang aku dapat cerita tentang kami buat masa ni. Alhamdulillah, aku bahagia bersama dia. Bahagia sangat-sangat dan aku harapkan kali ni semoga hubungan yang dibina berkekalan selamanya. Amin.

Sekarang ni minggu exam. Jadi macam biasa aku harap aku dapat buat yang terbaik untuk exam kali ni and for Iptarian's... Best of Luck! :)

P/S: Banyak benda nak story morry kat sini. Tapi buat masa sekarang semangat nak taip entry panjang2 tu belum ada lagi. hehe.. bye! :)


Sunday, September 25, 2011

Sibuk yang Amat!

assalamualaikum and hello semuanya.. :)

Kesibukan ni bila la nak berakhir kan.. bila cuti mesti rindu masa2 sibuk macam ni. Bila dah sibuk macam ni, gatal le pulak nak cuti. haha. lumrah kot.

Sekarang ni baru ada masa untuk update blog ni. Kalau malam2 lain memang tak sempat nak update, kalau on9 pon just jengok fb mcm tu jek. pastu blogwalking kat blog2 favourite aku. haha. Itu mesti babe! before tido release tension dulu. bila dah belatih teater, tengah malam baru balik hostel. Niat di hati kalo sampai bilik nak buat assignment, tapi bila tengok je katil entah kenapa godaan untuk aku landing atas katil tu kuat sangat. 5 minit kemudian...krohhhh.krohh...hee.. :P

Tadi siang ade latihan teater sampai pukul 5 petang. malamnya pulak free, aku terus mesej abang dan kasi taw yang aku nak balik rumah. rindu wei ngan bau2 rumah. hahha. entah kenapa jugak kalau balik rumah walaupun hanya untuk sekejap, ketensionan, kepenatan, kepeningan, keangolan, kemeroyanan aku kat kampus tu boleh hilang tiba2. magic2. :P

Minggu depan dari isnin sampai khamis, kitorang satu batch ada perkhemahan unit beruniform kat kem alapong lundu. banyak kali da kat situ. bosan lak. hahha. Balik je camping, keesokannya pulak bertolak ke miri 5 hari untuk pertandingan teater antara  IPG kat sarawak ni. Penatttt tuuuu~ tapi takpelah, tak selalu dapat pengalaman macam ni. :)

Harap-harap dengan semua pengorbanan sepanjang aku terlibat dengan teater ni, aku harap sangat2 kumpulan teater De a'mor dapat bawa balik piala kemenangan dan pulihkan balik reputasi IPTAR dan ambil balik apa yang sepatutnya menjadi hak milik kami. Amin.. besar sangat harapan aku ni. huhu. Tahun lepas aku tak sempat nak join so kali ni aku nak tebus balik semua tu dan berharap pasukan kami dan diri aku sendiri dapat buat sehabis baik untuk letakkan balik IP kami sebagai yang terbaik! doakan ye. :)

Setakat ni je dulu. dah ngantuk! esok kena bangun awal, bersiap dan balik kampus. 12.30tgh ade acara makeup2. hhhahha. sebab malamnya akan diadakan pratonton teater tu! tetiba terimbau balik kenangan teater wasiat. hhehe. apa2 pun, wish me luck! :)