Thursday, November 10, 2011

Esok Exam. Perasaan?

Assalamualaikum, selamat pagi n hello semuanya..





Ini adalah entry di pagi buta. Haha. Di kala semua orang dah tidur sebab esok nak exam, aku masih lagi bangun membaca nota-nota yang ada. Kali ni dup dap nebes tu lain sikit kot. Betul2 risau untuk exam kali ni. Entahlah. Takpelah. Aku redah je nanti. Tak sabar nak keluar dewan. merdeka satu paper! *masuk dewan pon belom, ade hati* :D

Haish~ tumpuan aku untuk exam kali ni kureng la, tersesat sikit dari landasan. hakhak! aku tak tahula kenapa dengan ayat aku ni. Mungkin kepala aku ni dah biol sangat kot. Ade je gangguan bila musim exam macam ni. Esok paper Teknologi Dalam Pendidikan. Bunyi senang. Tapi aku tak minat kot. Boring. Tapi nak xnak kena study jugak. Kalo belajar ni kalo tak mengeluh memang tak sah kan. Mak~ apak~ ampun! huhu.

Kalo exam ni, nebes2 camne pun.. aku just pikir satu je. Paper tu killer tahap dewa camne pun, asalkan aku dah belajar, itu dah cukup. Syaratnye, jangan tak belajar langsung. Kena cover semua topik. Usaha kena ada. Kalau hasilnya tak memuaskan hati nanti, pikir balik usaha yang sekarang ni mungkin tak cukup. Maknanye next time kena improve lebih atau advancedkan lagi style belajar. huhu. Dengan harapan setiap kali exam, kalo killer paper.. LULUS tu yang penting. Target memang lebih laaa.. Tapi kalau dah namanya killer paper, LULUS tu pun dah syukur ALHAMDULILLAH.. takpe Zara, usaha dulu. Usaha tangga kejayaan! hehe.

Setiap kali exam mesti aku fikir benda ni... tak boleh kalo tak pikir: 

"Kalau belajar jugak kalau FAIL camne? "

Lepas tu hati sendiri jawab:

" FAIL tu belakang kira dan kau TAKKAN FAIL. Takpe, ko buat je dulu Zara.. jawab betul-betul.. ingat tertib ko setiap kali exam? before masuk dewan, langkah kaki kanan, before bukak paper, baca bismillah dan doa dulu, masa jawab, jawab dengan penuh penghayatan! haha. Bile dah keluar dewan nanti, tarik nafas dalam2 dan lepas.. balik terus, tawakal dan jangan dok pikir lagi tentang paper tu! hokey zara?!"


"Hokey! Baiklah...."
 

Emmm... Dah lah, aku nak sambung balik baca nota. Manfaatkan sisa-sisa masa yang ada before masuk dewan esok. Aku post entry ni pon sebab hati aku ni resah jer. huhu. tak tahu nak luah dengan sape masa pagi2 macam ni. Luah dekat blog je laa~.... 

Macam semester lepas, aku study dari tengah malam sampai pagi, berkemas then terus pergi dewan. haha. Nota-nota yang dibaca tu masih fresh!  Mungkin kali ni nak cuba lagi macam tu. heeee... *tu pon kalo aku tak tertidur* 

P/S: Takde kredit. Tak dapat nak kol mak amek berkat.huhu. sedih. Takpe, instinct seorang ibu kan kuat, mesti mak tahu anak dia nak exam esok,  bangun2 je tidur mesti dia doakan anak dia dapat 4 flat~ haha. sengal je ayat aku. Tapi aku harap mak tahulah. mak, gunakan naluri keibuanmu! Anakmu bersedih kerana kehabisan kredit. Nyesal aku tak call awal-awal... huaaaaa~ T.T

"Ya Allah, kau permudahkanlah urusan hambaMu ini dan Kau lapangkanlah hatinya supaya tenang menghadapi peperiksaan esok dan yang seterusnya. Amin...."




No comments: