Tuesday, August 23, 2011

Terhenti Di sini..

Assalamualaikum n hellooooo semuanya..




Terhenti Di sini...

Keliru...

Emm. mungkin.



Duduk sorang2 macam ni aku tertanya-tanya. Pernah tak korang rasa  ada perasaan asing sangat dalam hati korang? Sesuatu yang korang sukar untuk fahami. Itu yang aku alami sekarang ni, dan buntu dalam mencari jawapan. Tapi aku tak sangatla dibelenggu perkara ni. Cuma kadang2 perasaan asing tu tiba-tiba aku boleh terpikir. Lepas tu mula la rasa tak sedap hati. demm! 

Banyak lagi benda lain yang boleh aku risau untuk tak pikir benda ni Tapi kenapalah kan aku tak boleh lari daripada perasaan yang aku sendiri susah nak tafsir.

Let's say.......

U hate someone.. but the person reminds u to someone else that loved u. What will u say about it? hurmm. 

Guys~

I hate him!
I mean it!

But.. at the same time i keep on praying, saying sincerely to Allah..
"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunkanlah dosaku, Kau lembutkanlah hatiku untuk memaafkan dirinya. amin"

But.. am i sincere enough saying that as I hate him to the end?!!


Aku benci dia. Tapi jauh di sudut hati, aku sedih. 



And now.. 

masih terhenti di sini..

Menunggu untuk kufahami segala yang ku rasa.



Terhenti Di sini

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta



Masih berhenti di sini.. 

Menunggu untuk ku memahami.. 





Thanks for reading this entry. 




Sunday, August 21, 2011

My Last PBS! Errrr...

Assalamualaikum dan hellooooo semuanya..!

Korang berbuka dah? Alhamdulillah kalau dah. Tadi saya berbuka dengan ABC dan kuih mueh je. Tak selera pulak nak makan nasik. hehe. mungkin malam nanti kot makan bila perut terasa lapar. 

Malam ni semangat pulak asyik update new entry. Tapi entah ade ke tak yang membacanya. haha. Takpe, dengan b'blog ni rasa macam tulis macam diari pulak. Tujuan utama hanya untuk kepuasan diri, bukan target ade orang baca. Tambahan takde perkara yang personal sangat nak share dalam ni. So, kira selamat. :)


  
Gambar PBS Sem 3: Bersama rakan-rakan guru pelatih dari IPTAR Samarahan dan IPS Miri.



Gambar PBS Sem 3: Bersama guru-guru sekolah SK Semerah Padi, Kuching.


Sekarang ni dah semester 4. Macam tak percaya pula esok dah start PBS balik. Cepatnye rasa masa berlalu. Sekarang masih blur nak bawa apa ke sekolah esok. haha. bak kata roomate 'bawa diri'. haha. jawapan tak boleh blaaah! fikir-fikir esok nak buat ape kat skolah. em. dari hari tu lagi asyik memikirkan mesti boring kat sekolah. Sorang-sorang le katakan. masuk PBS yang terakhir kali ni, ni kali ke-3 saya b'PBS seorang diri. Tahun depan dah mula praktikum. Tengok perkataan Praktikum tu pun dah cukup buat seram! haha.

Hopefully, esok tak terlewat bangun pagi, sahur-sahur je terus mandi. Pastu semak balik barang2 penting yang kena bawak. ok lah, nak siapkan barang2 untuk esok dulu ye.. daaaa... wish me luck!!

24 Hari Lagi...

Assalamualaikum dan Helloooo semuanya...



24 hari lagi...

Maka genaplah setahun arwah Irhan pergi menghadapNya. Rindu sangat-sangat pada arwah. Orang selalu cakap kalau kita rindu dengan orang yang dah takde, sebaiknya kita tenangkan hati kita dengan sedekahkan al-fatihah untuk arwah. Dengan harapan, moga rohnya tenang di dunia sana. Alhamdulillah, itulah kebiasaan yang selalu dibuat.

Dulu dia ada, banyak cerita yang kitorang kongsi bersama. Itu dulu, tapi sekarang hanya mampu meluahkannya di sini. Episod sedih tu dah berlalu, tapi setahun belum cukup untuk menghilangkan segala kesedihan yang ada. At least sekarang ni, takdelah sedih macam dulu lagi. Sekarang dah boleh terima hakikat. Bila dikenang balik, sakit sangat-sangat. Tapi dengan adanya kenangan yang tinggal, bibir maseh mampu mengukir senyum bila mengenangkannya. Segala kenangan masih segar lagi dalam ingatan. Masih ingat lagi semua pesan arwah dan tak mungkin lupa. :)

Sekarang ni bulan ramadhan. Terasa sangat masa-masa ramadhan tahun lepas tu kembali. Biasanya, saat-saat macam ni arwah ade ucapkan selamat berbuka. Bahagia sangat masa tu walaupun tahu dia menderita sakit. Masa-masa macam ni jadi kebiasaan menunggu khabar darinya yang selalu je ulang-alik dari hospital. Seolah-olah dah jadi rutin harian pulak bila setiap hari perlu tahu perkembangan kesihatannya. Hati risau. risau sangat kalau dia takde. mengharapkan dia sembuh, sanggup bersengkang mata untuknya. Tapi.. Allah lebih menyayangi arwah.

Banyak yang nak diceritakan pada arwah sekarang ni. Tapi takpe, simpan je dalam hati dan biar Allah yang mendengarnya. Hati ni sentiasa berharap apa yang dihajati Allah tunaikan. Ada satu permintaanku pada Allah.. Permintaan yang amat kuharap dimabulkannya. Permintaan yang mana dapat ku uraikan rindu pada arwah.

"Han, za rindu Han.. sayang Han.. Moga Han baik-baik kat sana. Salam ramadhan Irhan Haziqi Ainuldin"

sekian....

Entry ini ditulis hanya kerana diri ini sangat merindukan arwah. 

Thanks for reading this entry. 





Cerita Ramadhanku Di Kampus IPTAR.

Assalamualaikum dah helloooo semuanya...

Tekak terasa haus, perut pun dah mula bergendang saban hari. hehe. Belum terlambat lagi rasanya nak ucapkan selamat berpuasa dan salam ramadhan kepada semua umat Islam. Maklumlah, ni post yang pertama blog baru ni selepas sekian lama saya tidak berblog. (blog lama dah private atas sebab-sebab tertentu).

Ramadhan tahun ni seperti biasa akan disambut di kampus tercinta. hehe. Kali ni sambutan agak meriah disebabkan kemasukan adik-adik junior yang tersangatlah ramai. Boleh dikatakan saf solat untuk para muslimah dan muslimin were full reserved. haha. Apa lagi saat-saat hendak berbuka puasa, memang terasa sangat meriah dan menyeronokkan. Dengan bayaran hanya RM15 untuk sepanjang bulan puasa, hidangan yang disediakan cukup menyelerakan! Bolehlah berjimat dan simpan duit untuk benda lain. alhamdulillah.  Nak tambah berpinggan-pinggan tapi malu pula. haha.

Selesai berbuka, secara berjemaah kami menunaikan solat maghrib, selepas tu disusuli dengan tadarus Al-Quran. Tapi tahun ni tak dapat saya nak khatam , al-maklumlah bila perempuan, pasti akan ada saja 'bulan mengambang'. haha. Seperti tahun-tahun kebiasaan, kami dibahagikan kepada  kumpulan2 kecil bagi menghabiskan setiap juzuk bacaan Al-Quran. Selesai solat isyak pula ada solat terawih. Saya pun turut tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan solat terawih. Rugi kalau tak buat~!

Semakin hari assignment semakin berlambak pulak. Setiap hari ada sahaja kerja yang perlu dihantar keesokannya. Jawabnya, berbuka kat bilik jelah. Menu utama, sardin ikan atau sardin ayam dan nasi campur kicap. Cepat, mudah dan simple! haha. Itu pun sudah memadai bila perut dah lapar. Janji berbuka ye tak? Kadang-kadang bila nak makan sedap, pesan je kat mana-mana membe yang berbuka kat luar. Masa ni apa2,makan je,tak kesah sedap ke tak, janji assignment siap dan lega je rasa lepas tu.

Tapi yang tak best bila tak dapat nak pergi solat terawih. Bila dah buat kerja, bukan setakat 2,3 jam tapi selalunya sampai bertemu waktu sahur. Apalah nasib. Rugi betul rasanya. Rasanya bukan saya sahaja mengalami fenomena assigment pasang tak pandai surut-surut ni, haha. Malahan sesetengah guru pelatih lain pun sama agaknya. Terutamanya yang sama batch.Hmm. Cuma bila ada waktu senggang ada jugak baca Al-Quran sorang-sorang kat bilik.

Sekarang ni saya dah berada di rumah sebab minggu depan bakal menjejakkan kaki ke sekolah untuk PBS. Kali ni sekolah pilihan adalah sekolah St. Andrew, Pending. Senang nak ulang-alik dari rumah. Agak-agak mesti bosan bila PBS kali ni sebab buat sorang je. Niat di hati dan buat kat kampung. Tapi habis PBS je terus raya. Tak nak lah beraya jauh dari keluarga. hehe. Untuk kisah PBS, akan diupdate di dalam next entry. InsyaAllah~

Banyak lagi yang saya nak cerita, tapi masa dah time! hehe. dah nak berbuka dah ni. Pergi dulu. selamat bersungkey! 

P/S: Malam tadi dah start beroperasi buat popia! agak-agak kalau bosan kat sekolah boleh buat aktiviti popia beramai-ramai tak dengan murid-murid? hahaha.

Thanks for reading this entry.