Sunday, August 21, 2011

24 Hari Lagi...

Assalamualaikum dan Helloooo semuanya...



24 hari lagi...

Maka genaplah setahun arwah Irhan pergi menghadapNya. Rindu sangat-sangat pada arwah. Orang selalu cakap kalau kita rindu dengan orang yang dah takde, sebaiknya kita tenangkan hati kita dengan sedekahkan al-fatihah untuk arwah. Dengan harapan, moga rohnya tenang di dunia sana. Alhamdulillah, itulah kebiasaan yang selalu dibuat.

Dulu dia ada, banyak cerita yang kitorang kongsi bersama. Itu dulu, tapi sekarang hanya mampu meluahkannya di sini. Episod sedih tu dah berlalu, tapi setahun belum cukup untuk menghilangkan segala kesedihan yang ada. At least sekarang ni, takdelah sedih macam dulu lagi. Sekarang dah boleh terima hakikat. Bila dikenang balik, sakit sangat-sangat. Tapi dengan adanya kenangan yang tinggal, bibir maseh mampu mengukir senyum bila mengenangkannya. Segala kenangan masih segar lagi dalam ingatan. Masih ingat lagi semua pesan arwah dan tak mungkin lupa. :)

Sekarang ni bulan ramadhan. Terasa sangat masa-masa ramadhan tahun lepas tu kembali. Biasanya, saat-saat macam ni arwah ade ucapkan selamat berbuka. Bahagia sangat masa tu walaupun tahu dia menderita sakit. Masa-masa macam ni jadi kebiasaan menunggu khabar darinya yang selalu je ulang-alik dari hospital. Seolah-olah dah jadi rutin harian pulak bila setiap hari perlu tahu perkembangan kesihatannya. Hati risau. risau sangat kalau dia takde. mengharapkan dia sembuh, sanggup bersengkang mata untuknya. Tapi.. Allah lebih menyayangi arwah.

Banyak yang nak diceritakan pada arwah sekarang ni. Tapi takpe, simpan je dalam hati dan biar Allah yang mendengarnya. Hati ni sentiasa berharap apa yang dihajati Allah tunaikan. Ada satu permintaanku pada Allah.. Permintaan yang amat kuharap dimabulkannya. Permintaan yang mana dapat ku uraikan rindu pada arwah.

"Han, za rindu Han.. sayang Han.. Moga Han baik-baik kat sana. Salam ramadhan Irhan Haziqi Ainuldin"

sekian....

Entry ini ditulis hanya kerana diri ini sangat merindukan arwah. 

Thanks for reading this entry. 





No comments: