Assalamualaikum dah helloooo semuanya...
Tekak terasa haus, perut pun dah mula bergendang saban hari. hehe. Belum terlambat lagi rasanya nak ucapkan selamat berpuasa dan salam ramadhan kepada semua umat Islam. Maklumlah, ni post yang pertama blog baru ni selepas sekian lama saya tidak berblog. (blog lama dah private atas sebab-sebab tertentu).
Ramadhan tahun ni seperti biasa akan disambut di kampus tercinta. hehe. Kali ni sambutan agak meriah disebabkan kemasukan adik-adik junior yang tersangatlah ramai. Boleh dikatakan saf solat untuk para muslimah dan muslimin were full reserved. haha. Apa lagi saat-saat hendak berbuka puasa, memang terasa sangat meriah dan menyeronokkan. Dengan bayaran hanya RM15 untuk sepanjang bulan puasa, hidangan yang disediakan cukup menyelerakan! Bolehlah berjimat dan simpan duit untuk benda lain. alhamdulillah. Nak tambah berpinggan-pinggan tapi malu pula. haha.
Selesai berbuka, secara berjemaah kami menunaikan solat maghrib, selepas tu disusuli dengan tadarus Al-Quran. Tapi tahun ni tak dapat saya nak khatam , al-maklumlah bila perempuan, pasti akan ada saja 'bulan mengambang'. haha. Seperti tahun-tahun kebiasaan, kami dibahagikan kepada kumpulan2 kecil bagi menghabiskan setiap juzuk bacaan Al-Quran. Selesai solat isyak pula ada solat terawih. Saya pun turut tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan solat terawih. Rugi kalau tak buat~!
Semakin hari assignment semakin berlambak pulak. Setiap hari ada sahaja kerja yang perlu dihantar keesokannya. Jawabnya, berbuka kat bilik jelah. Menu utama, sardin ikan atau sardin ayam dan nasi campur kicap. Cepat, mudah dan simple! haha. Itu pun sudah memadai bila perut dah lapar. Janji berbuka ye tak? Kadang-kadang bila nak makan sedap, pesan je kat mana-mana membe yang berbuka kat luar. Masa ni apa2,makan je,tak kesah sedap ke tak, janji assignment siap dan lega je rasa lepas tu.
Tapi yang tak best bila tak dapat nak pergi solat terawih. Bila dah buat kerja, bukan setakat 2,3 jam tapi selalunya sampai bertemu waktu sahur. Apalah nasib. Rugi betul rasanya. Rasanya bukan saya sahaja mengalami fenomena assigment pasang tak pandai surut-surut ni, haha. Malahan sesetengah guru pelatih lain pun sama agaknya. Terutamanya yang sama batch.Hmm. Cuma bila ada waktu senggang ada jugak baca Al-Quran sorang-sorang kat bilik.
Sekarang ni saya dah berada di rumah sebab minggu depan bakal menjejakkan kaki ke sekolah untuk PBS. Kali ni sekolah pilihan adalah sekolah St. Andrew, Pending. Senang nak ulang-alik dari rumah. Agak-agak mesti bosan bila PBS kali ni sebab buat sorang je. Niat di hati dan buat kat kampung. Tapi habis PBS je terus raya. Tak nak lah beraya jauh dari keluarga. hehe. Untuk kisah PBS, akan diupdate di dalam next entry. InsyaAllah~
Banyak lagi yang saya nak cerita, tapi masa dah time! hehe. dah nak berbuka dah ni. Pergi dulu. selamat bersungkey!
P/S: Malam tadi dah start beroperasi buat popia! agak-agak kalau bosan kat sekolah boleh buat aktiviti popia beramai-ramai tak dengan murid-murid? hahaha.

No comments:
Post a Comment