Assalamualaikum dan hello semuanya..
Selagi kita bergelar manusia memang takkan jauh dari kesedihan. Tak dapat pun nak dipisahkan. Setiap manusia dalam hidupnya pasti akan berasa sedih termasuklah diri aku sendiri. Ada satu perkara yang betul2 membuat aku sedih. Sedih akibat kehilangan seseorang yang aku sayang. Itu cerita lama, tapi aku tetap xboleh lupa. Malahan rasa sedih tu masih bersisa dalam hati aku.
Bila sampai satu tahap, aku merasakan aku tak boleh nak seksa diri aku dengan bersedih. Aku perlu bangun. Dalam kesamaran yang aku rasa gelap, dalam sendirian aku cari sesuatu untuk aku keluar dari kesedihan tu. Aku mula berfikir, sampai bila aku hendak bersedih.
Alhamdulillah, sekarang aku dah berjaya keluar daripada kesedihan tu. Dan sekarang mengenang kesedihan tu sebagai satu episod hidup yang cukup memberikan pengajaran kepada aku dan membuat aku berfikir bahawa apa-apa yang terjadi adalah ketentuanNya.
Setiap yang Allah turunkan ada hikmahnya dan aku bersyukur, kini aku semakin kuat dan mampu berfikir secara waras ( sebab dulu masa bersedih memang tak boleh nak berfikir. secara waras. Ala-ala macam mayat hidup. haha! melampau jek. Tapi jujur, tu la aku yang dulu. Dalam erti kata lain aku tak boleh nak terima hakikat) kenapa ujian sebegitu diturunkan kepada diri aku. Tu tanda Allah sayang n care dengan kita sebenarnya. :)
Diharapkan selepas ni, aku semakin kuat, kuat dan kuat. InsyaAllah. U can do it Zara!
Ya Allah, Kau kuatkanlah hati hambaMu ini. Amin....
P/S : Untuk menjadi kuat, permulaannya adalah kita menjadi lemah. Untuk kuat bukan senang, Tapi dalam apa-apa perkara pun paling penting BERUSAHAlah. Berusaha dan terus berusaha.
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
KENAPA RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Ali-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Ali-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

*******************************

P/S : Usahlah bersedih lagi, sudah-sudahlah dengan kesedihan yang menyeksa dirimu. bangunlah kerna masih ada yang sayang. Bangunlah kerna masih jauh lagi perjalanan hidupmu. Bangunlah kerna masih banyak impian yang perlu kau gapai dan tunaikan. Sayangilah diri sendiri. Jangan bersedih lagi... :)
Don't Worry! Be Happy!

No comments:
Post a Comment