Sunday, September 25, 2011

Sibuk yang Amat!

assalamualaikum and hello semuanya.. :)

Kesibukan ni bila la nak berakhir kan.. bila cuti mesti rindu masa2 sibuk macam ni. Bila dah sibuk macam ni, gatal le pulak nak cuti. haha. lumrah kot.

Sekarang ni baru ada masa untuk update blog ni. Kalau malam2 lain memang tak sempat nak update, kalau on9 pon just jengok fb mcm tu jek. pastu blogwalking kat blog2 favourite aku. haha. Itu mesti babe! before tido release tension dulu. bila dah belatih teater, tengah malam baru balik hostel. Niat di hati kalo sampai bilik nak buat assignment, tapi bila tengok je katil entah kenapa godaan untuk aku landing atas katil tu kuat sangat. 5 minit kemudian...krohhhh.krohh...hee.. :P

Tadi siang ade latihan teater sampai pukul 5 petang. malamnya pulak free, aku terus mesej abang dan kasi taw yang aku nak balik rumah. rindu wei ngan bau2 rumah. hahha. entah kenapa jugak kalau balik rumah walaupun hanya untuk sekejap, ketensionan, kepenatan, kepeningan, keangolan, kemeroyanan aku kat kampus tu boleh hilang tiba2. magic2. :P

Minggu depan dari isnin sampai khamis, kitorang satu batch ada perkhemahan unit beruniform kat kem alapong lundu. banyak kali da kat situ. bosan lak. hahha. Balik je camping, keesokannya pulak bertolak ke miri 5 hari untuk pertandingan teater antara  IPG kat sarawak ni. Penatttt tuuuu~ tapi takpelah, tak selalu dapat pengalaman macam ni. :)

Harap-harap dengan semua pengorbanan sepanjang aku terlibat dengan teater ni, aku harap sangat2 kumpulan teater De a'mor dapat bawa balik piala kemenangan dan pulihkan balik reputasi IPTAR dan ambil balik apa yang sepatutnya menjadi hak milik kami. Amin.. besar sangat harapan aku ni. huhu. Tahun lepas aku tak sempat nak join so kali ni aku nak tebus balik semua tu dan berharap pasukan kami dan diri aku sendiri dapat buat sehabis baik untuk letakkan balik IP kami sebagai yang terbaik! doakan ye. :)

Setakat ni je dulu. dah ngantuk! esok kena bangun awal, bersiap dan balik kampus. 12.30tgh ade acara makeup2. hhhahha. sebab malamnya akan diadakan pratonton teater tu! tetiba terimbau balik kenangan teater wasiat. hhehe. apa2 pun, wish me luck! :)





No comments: