Assalamualaikum and helloooo semuanya..
Rindu pulak bila dah lama tak menaip dekat blog ni. Yela, busy mengalahkan PM. ok tipu!
Seminggu before raya aku memang busy ber'PBS. Sekolah sesi pagi dan petang. Memang penat. Malam2 pulak sibuk jadi tauke popia. Gigih aku! haha (Mak keje, so takde orang nak golong popia tuh). Seminggu lepas tu busy cuti raya. Takdela heaven sangat raya sebab banyak tugasan yang kena buat. Ok, part tugasan banyak tu tak tipu, yang aku tipu part 'buat' haha.
Sekarang ni dan masuk September. Tengok2 dah lama jugak tak update tentang life aku setakat ni. Ade ke yang nak ambik tau? xde? haha. Sedih. *(sambil buat muka takde perasaan)*.
Sekarang otak tengah serabut. Pagi sampai petang kuliah. Malam tu pulak ade latihan teater sampai tengah malam. Tidur pon tak cukup. Assigmnet pon melambak. Nak cari masa untuk siapkan assigments tu pon susah jek. Tapi takpelah, dari tak buat apa2 bagus jugak aku sibuk macam ni. Kira sibuk macam ni kasi challenge r sikit.. terutama dari segi pengurusan masa. hehe. Ringkasnya, try improve diri. Kalau kita tak usaha improve, takkan nak harapkan orang lain kan. hampeh la kalau macam tu. ya.,aku taw korang setuju. hee.
Hari ni 14 september. Date yang aku tak boleh lupa sampai bila2. Tak perlulah aku nak cerita lagi tentang tu. Benda dah lepas, tak elok jugak kalau dikenangkan sangat kan. Cuma tarikh ni buat aku rasa sensitif sikit. yela, orang yang aku cinta pergi pada tarikh ni. Tapi takpe. itulah ketentuaanNya. Aku ok je sekarang ni. :) 14 September. Genap setahun. Sayang untuknya masih sama. Doaku sentiasa ada untuknya. Itu yang aku tahu. Cukup aku yang tahu. :)
Ok. udah2 ler mood sedih. haha. jum gelak2 sengih2 pulak. Walaupun sebok dengan banyak kerja nak kena buat kan. Tapi aku seronok buat semua tu terutamanya teater. Ok, tentang teater aku akan citer len kali. Setakat ni je la dulu. Aku ada pembentangan selepas ni. haha. bye!

No comments:
Post a Comment